Ambil kuiz tentang kelapa sawit Ambil kuiz

Berapa ramai pengusaha minyak sawit di Malaysia telah mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan?

Betul

35 % responden memberi jawapan betul kepada soalan ini

Lebih daripada 95% pengusaha minyak sawit di Malaysia telah mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Ini menunjukkan mereka telah mematuhi kesemua peraturan-peraturan ketat untuk menghasilkan minyak sawit secara mampan.

Pensijilan MSPO juga memastikan pembukaan kawasan baru untuk penanaman sawit dilakukan secara bertanggungjawab dengan mengambil kira kesan kepada alam sekitar, komuniti setempat serta ketelusan yang bertujuan menjamin pembangunan dan masa depan yang mampan. Di samping itu, pengusaha tanaman sawit juga dilarang menebang hutan semulajadi atau mencerobohi Kawasan Perlindungan yang merupakan habitat hidupan liar serta kaya dengan biodiversiti.

Pembakaran secara terbuka untuk membuka ladang sawit atau ketika penanaman semula sawit juga dilarang untuk mengelakkan pencemaran gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera. Kesemua ini menunjukkan penglibatan pengusaha tanaman sawit dalam skim pensijilan MSPO adalah sangat penting.

Soalan seterusnya