33% responden memberi jawapan salah kepada soalan ini
Lebih setengah juta penduduk di Malaysia terlibat secara langsung dalam perusahaan tanaman sawit, manakala setengah juta lagi terlibat dalam sektor berkaitan minyak sawit seperti pengilangan dan penapisan. Industri minyak sawit juga merupakan majikan kedua terbesar di Malaysia serta meyumbang 3.1% kepada keseluruhan KDNK dan RM138 bilion melalui pendapatan eksport. Ini jelas menunjukkan bahawa Minyak Sawit Malaysia mempunyai peranan yang sangat besar dalam menampung kehidupan penduduk tempatan.