Ambil kuiz tentang kelapa sawit Ambil kuiz

Di antara berikut, organisasi manakah yang menyokong minyak sawit mampan?

Betul

36 % responden memberi jawapan salah kepada soalan ini

Hakikatnya, ketiga-tiga organisasi ini menyokong pengeluaran minyak sawit secara mampan kerana sawit memberikan produktiviti per hektar yang tertinggi berbanding tanaman minyak sayuran lain. Jika sawit digantikan dengan tanaman minyak sayuran lain, keluasan tanah pertanian untuk menanam tanaman ini perlu ditingkatkan sebanyak 4-10 kali ganda lebih tinggi untuk menghasilkan jumlah pengeluaran minyak sayuran yang sama seperti dihasilkan oleh sawit. Ini bermakna lebih banyak kawasan berhutan dan habitat haiwan liar akan terjejas untuk menanam tanaman minyak sayuran pesaing ini.

WWF percaya bahawa perusahaan tanaman sawit boleh menyumbang kepada kemampanan jika ia diurus secara baik.

Pada November 2017, Persatuan Zoo dan Akuarium Dunia (WAZA) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Persidangan Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO). MoU ini menyenaraikan tujuh matlamat khusus, dimana WAZA dan ahli zoo dan/atau akuariumnya telah bersetuju untuk memenuhi empat daripadanya.

Sementara itu, Orangutan Land Trust yakin bahawa ‘minyak sawit akan terus kekal dan sentiasa diperlukan’ kerana permintaan untuk minyak sayuran dan lelemak akan terus meningkat dan sawit merupakan sejenis tanaman minyak sayuran yang serba guna dan mempunyai purata pengeluaran tertinggi berbanding minyak sayuran pesaing lain.

Sekiranya minyak sawit diboikot kerana para pengguna gagal membezakan minyak sawit mampan daripada minyak sawit tak mampan, permintaan terhadap minyak sayuran pesaing lain akan meningkat secara mendadak untuk menampung ketiadaan minyak sawit. Ini akan mengakibatkan lebih banyak kawasan pertanian baru dibuka untuk menanam tanaman minyak sayuran pesaing ini lalu meningkatkan lagi risiko kemusnahan hutan dan habitat haiwan liar.

Soalan seterusnya