Ambil kuiz tentang kelapa sawit Ambil kuiz

Berapakah keluasan tanah yang diperlukan oleh tanaman biji sesawi untuk menghasilkan jumlah minyak sayuran yang sama seperti yang dihasilkan oleh satu hektar tanaman sawit?

Betul

43 % responden memberi jawapan betul kepada soalan ini

Tanaman biji sesawi memerlukan empat kali ganda lebih tinggi keluasan tanah untuk menghasilkan jumlah minyak sayuran yang sama seperti yang dihasilkan oleh satu hektar tanaman sawit. Ini kerana sawit adalah tanaman minyak sayuran terbaik yang berupaya menghasilkan pengeluaran minyak sayuran di antara 4 hingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding tanaman
minyak sayuran lain.

Minyak sawit menyumbang kira-kira 35% – 40% daripada keseluruhan pengeluaran minyak sayuran dunia. Ini dapat dicapai hanya dengan menggunakan kira-kira 6% sahaja daripada jumlah keluasan tanah pertanian dunia. Fakta ini sangat penting memandangkan keperluan makanan penduduk dunia sentiasa meningkat pada setiap tahun. Jika permintaan dunia terhadap minyak sayuran ditampung sepenuhnya oleh tanaman minyak sayuran selain sawit, keluasan tanah pertanian sedia ada perlu ditingkatkan sebanyak 4 hingga 10 kali ganda lagi. Bayangkan apa kesannya kepada ekologi dan alam sekitar?

Soalan seterusnya